Forum: Siapa Musuh Malaysia

Posted by ari on Nov 18, 2008 in UncategorizedNo comments

Persoalan seperti siapa musuh Malaysia dan tuduhan rasuah apabila sistem pertahanan negara dibangunkan kadangkala menjadi stereotaip yang menjelekkan. Sedangkan rakyat negara jiran cukup berbangga dengan kemajuan pertahanan mereka.

SEJAK kebelakangan ini setiap perolehan aset pertahanan negara dipandang negatif seperti apa yang berlaku dalam perolehan Eurocopter EC-725 dan kapal selam Scorpene.

Orang ramai dan ahli politik ada yang bertanya untuk apa pembelian senjata ini dan siapakah musuh luar sebenar Malaysia.

Pendapat sebegini mungkin muncul kerana tanggapan bahawa Malaysia kini tidak menghadapi ancaman luar dan juga kerana dakwaan pelbagai pihak bahawa berlaku penyelewengan dalam pemerolehan ketenteraan.
Mungkin ramai sudah lupa akan konfrontasi yang berlaku lebih 40 tahun lalu, selepas negara merdeka pada 1957, apabila sebuah negara jiran mengancam negara ini sebagai membantah gagasan Malaysia.

Setiap pembelian peralatan pertahanan sebenarnya berpandu kepada Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang memungkinkan negara ini mengambil pendekatan pertahanan bersifat defensif (bertahan) atau ofensif (menyerang) dalam mempertahan kedaulatannya.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata berasaskan dasar ini, pihak berwajib mewujudkan Operational Concept (OC).

“OC ini adalah mustahak iaitu bagaimana angkatan tentera akan mendukung DPN dalam mempertahan kedaulatan kita dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),” katanya kepada penulis selepas satu majlis di Port Dickson baru-baru ini.

Perancang pertahanan pula akan melihat jika ada kelemahan yang perlu diatasi dalam pertahanan negara misalnya adakah negara ini mempunyai peralatan maritim yang mencukupi untuk mempertahan EEZ, katanya.
“Di sinilah perancang-perancang di Markas Angkatan Tentera akan menentukan apakah yang kita perlu ada untuk mengatasi kepincangan ini, adakah kita perlu ada kapal perang, kapal terbang, lebih ramai infantri atau sebagainya.

Keutamaan untuk semua cabang ATM

sambung di : isuhot.com

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , , , , , , ,

Leave a comment