Dominasi Kaum : Kerajaan Pakatan Rakyat Patut Cermin Diri

Posted by ari on Nov 17, 2008 in UncategorizedNo comments

Pulau Pinang — Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya mencermin diri terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan membuta tuli berhubung isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, proses marginalisasi kaum Melayu sebenarnya lebih luas berlaku di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Jelasnya, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, orang Melayu kini hanya menjawat dua jawatan Exco.

“Ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Gerakan orang Melayu di Pulau Pinang diwakili oleh empat orang Exco.

“Ini langsung tidak menggambarkan komposisi penduduk Melayu di Pulau Pinang yang telah mencapai 40 peratus daripada penduduk negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata dua portfolio tersebut juga adalah bersifat sangat tidak strategik dan jelas sekali, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang mempunyai sikap sangat perkauman dan mengetepikan kepentingan orang Melayu.

Sementara itu dalam isu yang sama Pergerakan Pemuda UMNO Bayan Baru bertindak membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemudanya, Norman Zahalan kira-kira pukul 12 tengah hari di Balai Polis Bayan Lepas di sini, Ahad.

Menurut Norman, laporan tersebut perlu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramasamy termasuk dakwaan terdapat ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan pemohon bukan Melayu itu berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di negara ini.

“Saya khuatir kenyataan tersebut mampu mendatangkan kemarahan terutamanya kepada orang Melayu secara khususnya.

“Pemuda UMNO Bayan Baru menggesa beliau menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada yang terlibat kerana ini bukan perkara yang remeh. Ini melibatkan isu sensitif,” katanya.

Khamis lalu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berlangsung, Ramasamy mengatakan bahawa kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.

Namun, beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

Kenyataannya itu mencetuskan rasa tidak puas hati daripada wakil-wakil pembangkang Barisan Nasional (BN).

Norman juga menyifatkan kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan oleh seseorang yang profesional seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu.

Katanya, mana-mana pemerintah negeri seharusnya mendekati rakyat dan bukannya menimbulkan ketegangan dengan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu-isu sensitif.

Sumber : pemudaumno.org.my

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , , , ,

Leave a comment