Raja memerintah tapi tidak mentadbir
Posted by ari on Nov 16, 2008 in Uncategorized • No commentsPada hari Jumaat Malaysiakini memaparkan Raja Nazrin: Pemerintah tidak akan bertindak sekiranya diberikan nasihat yang salah.
Selain dari bergembira bilamana kita mungkin mendapat sedikit semakan dan imbangan dari raja, perbezaannya ialah saya diselubungi kedukaan. Saya langsung tidak teruja dengan ucapan YTM Tuanku.
Demokrasi Malaysia, ketuat atau tidak, sudah pun mempunyai sistem semakan dan imbangan, yang harus diakui tidak berjalan begitu baik sehinggalah baru-baru ini, tetapi, apabila ianya tidka berjalan begitu baik, di mana kerabat diraja pada masa itu?
Kenapa sistem demokrasi kita dari tiga pihak sistem semakan dan imbangan (eksekutif, yang membuat undang-undang dan sistem kehakiman negara) bermula untuk bangun dari tidur Rip-Van-Winkle?
Mungkin AAB telah melepaskan belengu, mungkin Anwar Ibrahim telah menyediakan kepimpinan, mungkin rakyat sudah bosan dengan keangkuhan belengu perkauman dan eksploitasi berleluasa oleh politik di atas sebab-sebab ketamakan individu, dan telah lebih bersedia untuk menyuarakan suara mereka, dsbgnya?
Sesiapa sahaja, yang mana sahaja, apa sahaja, pertumbuhan politik dan menikmati suasana politik lebih liberal telah dicapai tanpa sebarang bantuan dari kerabat diraja! Sedikit pun tidak. Langsung tidak ada!
Mereka begitu memekakkan sunyi bilaman mereka sepatutnya bersuara, tetapi sekarang, mereka juga menunjukkan kuasa seperti otot Mahathir yang menunjukkan kuasa di dalam suasana sosio-politik yang sudha berubah, dan cuba mencipta kembali kuasa dan relevan mereka kepada masyarakat, untuk meneguhkan status peribadi dan mendapat kembali kuasa mereka yang sudah terhakis.
Sebelum pilihan raya Mac saya percaya rakyat telah kehilangan kepercayaan dalam kuasa suara mereka sendiri dan undian (tak berani bermimpi tentang kedatangan tsunami politik), tetapi sebaliknya terdesak menggunakan rayuan dan berjanji kepada kedua-dua Tuhan dan penyelamat yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamat dunia untuk politik.
Sesetengah dari kita melihat kerabat diraja sebagai penyelamat politik kita, dan terus mempromosikan dan meminta pemerintah untuk masuk campur ke dalam dunia politik untuk ‘menyelamatkan’ rakyat dari Darth Vader. Tetapi, kita sudah begitu maklum dengan cerita tentang Darth Vader, bukankah begitu?
Kerabat diraja ini dianggap sebagai ‘peluru perak’ untuk membunuh serigala jadian UMNO.
Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah salah seorang yang begitu teruja mempromosikan campurtangan diraja dalam politik. Saya tak terkejut pun yang RPK berbuat begitu, dia juga adalah kerabat diraja. Dalam tulisannya, kita banyak membaca (sudah tentu tak disengajakan) sanjungannya terhadap datuknya yang menjadi Tun Raja (Tuan) Uda, dan membangga diri tentang sepupunya yang menjadi Sultan dan menjadi saudara kepada kerabat diraja itu dan ini.
Tetapi di manakah kerabat-kerabat diraja ini bila kita memerlukan mereka?
Beberapa tahun lepas Mufti Perak hampir menimbulkan insiden buruk dalam kadar hasutan? Sekarang itu adalah isu keagamaan Negeri, tidak seperti pemecatan Pengarah JAIP oleh MB Perak disebabkan tidak patuh. Jadi …..?
Orang awam begitu terdesak mencari penyelamat politik telah menyatakan persetujuan mereka, selepas pilihan raya umum, tentang kerabat diraja memegang jawatan lebih hebat dan lebih telus di dalam politik. Saya rasa blog Malaysia-Today telah mempromosikan kerabat diraja melebihi tanggungjawab perlembagaan mereka.
Saya tidak meragui bahawa promosi kerabat diraja sebagaii penyelamat berpotensi dalam politik telah menggalakkan kerabat diraja menggunakan kuasa mereka, dan didalam banyak kejadian, dalam keadaan tidak berperlembagaan.
Campur tangan mereka sebelum pilihan raya oleh sesetengah Sultan adalah contoh terunggul yang dikesali disokong ramai dengan gembiranya, berseronok dengan kemaluan yang dialami oleh PM UMNO tanpa menyedari bahaya kepentingan perlembagaan dalam campurtangan politik oleh kerabat diraja. Saya benci menggunakan idea basi tapi penyokong yang bodoh tidak dapat melihat gambaran yang lebih besar.
Dalam Bahaya-bahaya fahaman aktivist politik diraja saya menulis :
Kita tidak patut bergembira AAB telah dipergunakan oleh kerabat diraja kerana kerabat diraja tidak patut masuk campur dalam keputusan PM, pilihan rakyat untuk pemimpin nasional yang dipilih mengikut proses demokrasi.
Adalah hipokrit untuk bercakap tentang proses demokrasi bila kita bergembira dengan proses-proses yang bukannya betul dari segi politik hanya kerana proses-proses tersebut telah mengenai orang yang tak disukai.
Satu lagi contoh yang dikesali ialah Sultan Perak memperkecilkan kuasa MB Perak Nizar dengan membatalkan keputusannya untuk memecata pengarah agama Negeri.
MB Nizar memecatnya kerana dia tak mahu mengikut perintah, dia menolak untuk memberikan koperasi dan bekerja dengan kerajaan negeri yang telah dipilih. Bagaimana boleh seorang MB bekerja dengan pekerja awam yang tidak mahu mengikut perintah, yang secara kebetulannya ialah ahli UMNO Parit Buntar, dan sudah pasti dilantik oleh UMNO dan mempunyai kaitan dengan UMNO?
Nizar berkata: ” Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT.”
Dengan secara umumnya melanggar kuasa MB, dalam persembahan yang tak sepatutnya tetapi permainan kuasa oleh pihak diraja, Putera Raja ( bertindak bagi pihak Sultan) membetulkan perbuatannya atas fakta Sultan adalah ketua agama bagi Negeri mempunyai hak diraja di atas hal ehwal agama negeri.
Itu adalah benar tapi malangnya pemecatan itu langsung tidak ada kaitan dengan isu keagamaan atau polisi tetapi kes seorang penjawat awam mendemonstrasikan melanggar perintah MB dengan menafikan implementasi arahan kerajaan Negeri.
Walaupun perkataan ‘dipecat’ telah digunakan, pada hakikatnya MB hanya memulangkan penjawat awam ke Sekretariat Negeri, di mana dia telah dipinjamkan untuk menjalankan bahagian keagamaan negeri.
Bersambung……
Diterjemahkan dari http://ktemoc.blogspot.com/
Related posts |












