Pas ditipu Anwar ditipu DAP
Posted by ari on Nov 13, 2008 in Uncategorized • No comments- “Pas gagal hormati prinsip Islam.”
- “Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik.”
- “Pas gagal majukan umat Islam.”
- “Pas suka gunakan slogan-slogan kosong.”
- “Dakwah Pas bukan cara Islam.”
- “Hujah Pas timbulkan fitnah”
- “Pas hanya tonjol imej Islam palsu”
- “Pas rela korbankan umat Islam”
- “Pas telah ketepikan prinsip dakwah”
- “Pas khianati orang Melayu”
- “Pas tak ada akhlak”
Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government’s Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)
Pas gagal majukan umat Islam
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. “Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada,” katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)
Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat:
Anwar bidas taktik kotor Pas
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)
Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
Pas rela korbankan umat Islam: Anwar
KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)
Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu….
Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)
Pas khianati orang Melayu
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)
Pas cemar ukhuwah Islam BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)
Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)
PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)
Homoseksual di sebalik pusat kecergasan.
Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.
ULASAN:
Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.
Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan “Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita”. Apakah maksud “identiti kepelbagaian budaya kita” membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?
DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang
Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP). DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.
(bagaimana mereka nak takut…mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang). MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001,” ujarnya.
TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.
PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS.
PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.
Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah “back door” yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran. Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini?
Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper’donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
Suara Politik
http://www.isuhot.com/modules.php?name=News&file=article&sid=654
Related posts |












