Rakyat Diperdaya Bayar Harga Lebih Mahal
Posted by ari on Nov 2, 2008 in Uncategorized • No commentsTAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.
Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.
Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.
Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.
Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.
Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.
Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.
Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna diesel dan petrol di negara ini bukannya seperti yang diumumkan kerajaan.
Ini juga bermakna pengguna telah terpedaya dengan membayar 72 sen lebih bagi setiap liter diesel dan 60 sen seliter bagi petrol.
Harga depot ialah harga minyak mentah yang telah diproses di loji penapisan dan ia mencerminkan harga sebenar produk yang dihasilkan dari proses penapisan di loji.
Harga depot yang diperolehi adalah berdasarkan harga minyak mentah dunia pada 24 Oktober 2008 iaitu USD64.15 setong (RM229.66 pada kadar nilai pertukaran RM3.58 bagi setiap USD1)
selanjutnya di : http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/11/1519
Related posts |












