Peruntukan RM10 Juta : Kerajaan Selangor Ketepikan Sekolah Agama Rakyat
Posted by ari on Oct 29, 2008 in Uncategorized • No commentsShah Alam — Pemuda UMNO Selangor hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri mengenepikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Ketua Pemudanya, YB Shukor Idrus berkata tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mengumumkan bantuan berjumlah RM10 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil cukup mengelirukan.
Jelas beliau tindakan ini sekali lagi menunjukkan Menteri Besar Selangor cuba meraih sokongan murahan di samping terpaksa tunduk kepada desakan pihak-pihak tertentu.
“Kita tidak pertikaikan bantuan kepada SJKC atau SJKT tetapi kita kecewa kenapa kerajaan negeri ketepikan SAR sedangkan banyak SAR di negeri ini yang daif serta memerlukan bantuan.
“Kalau kerajaan negeri ini berlandaskan pemerintahan secara telus, adil dan saksama mengapa bantuan tidak diberikan secara sama rata. Apa lebihnya SJKC, SJKT berbanding SAR”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
selanjutnya di : http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8017
Related posts |












