Isu PKNS : Pemuda Hantar Bantahan, Minta Sultan Selangor Kaji Semula Pelantikan Khalid

Posted by ari on Oct 28, 2008 in UncategorizedNo comments

Shah Alam — Pemuda UMNO Selangor akan menghantar satu bantahan rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung tindakannya melantik Low Siew Moi atau lebih dikenali sebagai Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sambil menyifatkan tindakan terbaru Khalid itu sebagai keputusan terdesak, Ketuanya, YB Shukor Idrus berkata Menteri Besar itu juga tidak memahami sejarah penubuhan PKNS.

Selain tidak mengikut tradisi, beliau percaya tindakan itu dibuat kerana akur desakan DAP.

“Beliau kena baca sejarah PKNS. Jika dia tidak ada nama yang layak, kita sedia senaraikan nama orang Melayu yang bijak pandai yang mampu dan berkebolehan menjawat jawatan tersebut.

“Kita tidak menidakkan kebolehan bangsa lain cuma pelantikan tersebut tidak selaras dengan tradisi serta matlamat asal penubuhan PKNS. Soal sementara atau tetap tidak timbul kerana ia jelas bertentangan dengan tradisi dan sejarah.

“Madam Low sendiri merupakan bukti di mana bangsa lain diberikan tempat dan peluang selama berpuluh tahun dalam PKNS”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi tindakan terbaru Khalid itu juga menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat cuba mencari publisiti murahan di kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina.

more at :http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8011

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , , ,

Leave a comment