Salah Guna Kuasa : Zainol Sedia Berdepan Tindakan Undang-Undang Setpol MB Perak

Posted by ari on Oct 21, 2008 in UncategorizedNo comments

Oleh Haris Razali

Ipoh — Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata beliau tidak takut atau gentar berhubung cadangan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya ekoran laporannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan salah guna kuasa Setiausaha Politik Menteri Besar Perak itu baru-baru ini.

Beliau yang juga juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Manik seterusnya berkata pihaknya sedia berdepan dengan apa jua tindakan undang-undang yang diambil kelak demi memperjuangkan kebenaran.

“Terpulang kepada beliau untuk mengambil apa jua bentuk tindakan undang-undang. Saya hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat dan pemimpin untuk semua pihak.

“Sesungguhnya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Saya berdiri dan berpegang teguh kepada prinsip tersebut untuk memastikan kebenaran ditegakkan”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya ekoran laporannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan salah guna kuasa Setiausaha Politik Menteri Besar Perak itu baru-baru ini.

Mengimbau kembali asas kepada laporannya terhadap BPR baru-baru ini, Zainol berkata aduan kepada BPR Ipoh setelah satu laporan dibuat pada BPR di Teluk Intan atas satu surat yang beliau keluarkan kepada Pengarah Jabatan Pengairan Ssaliran Perak.

“Saya minta BPR menyiasat surat Arahan beliau atas seksen 15 (Akta Pencegahan Rasuah-Salah Guna Kuasa)”, ujarnya.

Tegas beliau lagi, Misbahul sewajarnya menjelaskan ayat dan kandungan surat tersebut supaya rakyat jelas dan tidak berlaku seperti yang dikatakan.

“Nampaknya beliau cuba memesongkan isu dan ini merupakan amalan biasa mereka. Tidak mahu mengaku salah, walaupun terang-terang salah”, katanya.

sumber: Laman Web Pemuda UMNO

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , , ,

Leave a comment