Pemuda Selar Usul Kenakan ISA Terhadap Khairy

Posted by ari on Oct 20, 2008 in UncategorizedNo comments

Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur — Pemuda UMNO hari ini menyelar usul Pemuda MCA Perak yang mahukan Naib Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya mengenai kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Exconya, Datuk Idris Haron berkata kenyataan Khairy sebelum ini bukanlah menafikan hak biasiswa kaum lain tetapi mahukan kuota biasiswa bagi Melayu dan bumiputera tidak dikurangkan selari dengan pertambahan hak biasiswa bukan Melayu.

“Gesaan tersebut mencerminkan Pemuda MCA tidak mempunyai modal dalam usaha meraih kembali sokongan kaum Cina di negara ini selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Adalah wajar Pemuda MCA Perak dan Pemuda MCA Kebangsaan bermuhasabah diri dan jangan mengeksploitasi perkara-perkara yang tidak benar”, katanya.

Kata beliau lagi, jika Pemuda MCA berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang dirampas oleh DAP di bandar-bandar besar, barulah suara mereka boleh diterima.

Berhubung isu yang sama, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria pula menyifatkan tindakan Pemuda MCA Perak itu sebagai contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu.

“Gesaan Pemuda MCA itu mencerminkan kedangkalan pemikiran pemimpin pergerakan tersebut. Suara pemimpin kecil itu yang mahu menjadi wira bagi kaum Tionghua tidak perlu diberikan perhatian”, katanya.

Pergerakan Pemuda MCA Sabtu lalu meluluskan usul meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap segelintir pemimpin politik Melayu yang berfikiran sempit dan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada kaum lain.

Menurut usul itu, tindakan pemimpin berkenaan seperti Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mendakwa bukan bumiputera telah mengambil kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bumiputera adalah bercanggah dengan keputusan kerajaan dan bersifat perkauman.

sumber : pemudaumno.org.my

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , ,

Leave a comment