UPM Buang Pelajar Cemerlang: Zuraida anggap tindakan terburu-buru
Posted by ari on Oct 19, 2008 in Uncategorized • No commentsKUALA LUMPUR, 17 OKTOBER (SK) - Tindakan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membuang dua pelajar dari kolej kediaman adalah bentuk tindakan yang terburu-buru.
Menurut Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, sepatutnya tindakan berkenaan harus mengambil kira faktor yang akan mempengaruhi keputusan tersebut.
Dua pelajar UPM, Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi dibuang kolej kediaman beberapa hari sebelum menduduki peperiksaan akhir semester.
Mereka berdua menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan rasmi pelajar cemerlang. Peperiksaan akhir mereka bermula Selasa depan.
“Tindakan yang diambil itu seharusnya mengambil kira faktor yang akan mempengaruhi keputusan tersebut lebih lagi apabila mereka di buang seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula,”kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh UPM, dua pelajar berkenaan berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.
Selain itu, Ahli Parlimen Ampang itu juga turut menyelar tindakan seorang pegawai HEP yang didakwa memperlekehkan kedua-dua pelajar berkenaan dengan berkata “tidak guna bersembahyang jika tidak membayar yuran kolej” sewatu memindahkan barangaan kolej berkenaan, 15 Oktober lalu.
“Kami juga mahu penjelasan diberikan oleh pihak pengurusan kolej seolah pelajar berkenaan di perlekehkan seorang pegawai HEP dengan berkata “tidak guna bersembahyang jika tidak membayar yuran kolej,”kata Zuraida.
Pada 14 Ogos lalu, kedua pelajar ini menerima surat dari yang dikeluarkan oleh Profesor Madya Dr Jasni Sabri yang tertera “Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut.
Keesokan harinya mereka mengambil keputusan untuk keluar dan memindahkan barang dari bilik mereka, dan menumpang bilik rakan mereka.
Sewaktu pemidahan berkenaan, dua buah kenderaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) memenuhi perkarangan Kolej Tun Perak dimana menempatkan bilik pelajar berkenaan.
Selain kenderaan HEP, satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Harimau Maut’ turut berada di lokasi.
Menurut sumeber,pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walau telah diberitahu mendapat tempat beberapa minggu sebelum itu.
Walaubagaimanapun hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej dengan Timbalan Pengurus Kolej yang dikenali dengan Khairul mereka akhirnya dibenarkan tinggal di kolej berkenaan.
“Seharusnya pihak pengurusan kolej yang perlu di persalahkan ekoran sebelum ini mereka yang bersetuju untuk membenarkan pelajar tersebut untuk tinggal di sana,” kata Zuraida
Namun setelah menginap selepas tiga bulan lebih, 10 Oktober lalu, asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dimangga oleh pihak pengurusan kolej dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.
Related posts |












