Tindakan Terhadap Hindraf Dipuji Walaupun Terlewat

Posted by ari on Oct 17, 2008 in UncategorizedNo comments

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur — Selain menyokong tindakan kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai pertubuhan haram, beberapa pemimpin Pemuda UMNO juga mahu kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pertubuhan lain yang boleh menjejas ketenteraman awam.

Menurut mereka apa jua perkara yang membabitkan ketenteraman awam khususnya berkait hubungan antara kaum tindakan tegas mesti dilakukan segera ia tidak menjadi seperti nasi sudah menjadi bubur.

Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Hj Safian berkata pengharaman ke atas Hindraf sepatutnya telah lama dilaksanakan.

Tetapi malangnya kata beliau kerana terlalu berlembut, pertubuhan ini akhirnya telah menjejakkan kaki di atas kepala hingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat.

“Kita menyeru kerajaan supaya memantau selicik-liciknya segala pertubuhan yang sejak akhir-akhir ini membuka ruang untuk mengaruhkan keadaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan sekaligus boleh menyebabkan rakyat menjadi taruhannya lebih-lebih dasar yang tidak menghormati langsung akan pemimpin negara yang didiami.

“Kita tidak rela sama sekali rakyat diperjudikan nasib mereka dengan golongan seperti ini”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterus berkata di dalam keadaan negara sedang terhimpit dengan masalah ekonomi global dan serantau, tindak tanduk pertubuhan seumpama ini boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan perpaduan yang dibina selama ini.

“Biarlah kita hancurkan segelintir untuk menyelamatkan jutaan manusia yang inginkan keamanan dah ketenteraman awam”, ujarnya.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Sufian Awang berkata tiada bezanya antara pertubuhan Hindraf dengan pertubuhan lain yang diharamkan kerajaan seperti Al Arqam, Al Maunah.

Jelasnya, dalam apa jua keadaan kerajaan mesti utamakan kepentingan rakyat terbanyak dengan bertindak tegas terhadap segelintir pihak yang cuba menangguk kepentingan sempit.

“Walaupun tindakan kerajaan terhadap Hindraf ini agak lewat namun kita percaya keputusan yang diambil mengambilkira pelbagai aspek khususnya keselamatan negara”, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Ustaz Mohd Affandi Yusof pula berharap tindakan ini tidak diambil kesempatan pihak pembangkang untuk mencari publisiti murahan.

“Jangan jadikan isu perkauman untuk raih kepentingan politik sempit. Kalau kita boleh mengawal pertubuhan seperti Parti Komunis Malaya, Nasrulhaq, Al Maunah dan Al Arqam mengapa kita ada sikap pilih bulu terhadap Hindraf”, ujarnya.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati
  • TwitThis
  • BlinkList
  • Live
  • StumbleUpon

Related posts

Tags: , ,

Leave a comment